Kadangkala aku terfikir. Dalam hidup kita, adakah lagi baik kita berbuat baik sebanyak mungkin atau kita jangan buat salah langsung tetapi kurang buat baik. Hmm..nampaknya manusia lebih menghormati orang yang tak buat salah lansung tetapi pada masa yang sama tidak berbuat sesuatu.
Ertikata lain, lagi banyak kita mencuba untuk berbuat baik, lagi banyak kita akan berbuat kesilapan2 kecil atau kesilapan2 besar dalam hidup. Inilah dilemma orang yang ingin berbuat sesuatu yang baik untuk kebaikan bersama.
Contohnya: dalam keluarga, kita akan berbuat apa sahaja untuk ibu bapa kita, bagi wang, betulkan rumah, cuba untuk baiki taraf hidup, tetapi pada masa yang sama kita tidak pandai promote kebaikan kita kepada ibu bapa kita, tetapi tetiba adik beradik kita yang lain yang lebih manis mulutnya berbuat sedikit saja kebaikan dan menampakkan kebaikan tersebut akan mendapat pujian. Kita juga yang terus menerus mendapat imej negative di mata ibu bapa.
Oleh itu lebih baik ambik pendirian lakukan sesuatu kerana ALLAH. Sebab kita takkan kecewa. Berbuat baiklah kita sebanyak mungkin untuk saham akhirat kita.
Nukilan Tragis:
Jalil
UZMA Office-10 Dec 2013 jam 01.00pm
My Way
The other Side Of Me
Monday, December 9, 2013
Monday, September 27, 2010
Ujian 2010
Tahun ni tahun paling sukar dalam hidup....beberapa ujian besar terpaksa ditempuhi. Walaupun kadang-kadang rasa seperti putus asa untuk hidup tetapi tetap diteruskan juga demi anak-anak dan keluarga di kampung.
Bermula dengan ujian getir syarikat lama hampir menutup jabatan gara-gara mengalami masalah kewangan sehinggalah kepada masalah rumahtangga serta beberapa masalah dalaman keluarga yang kian menghimpit rasa hati. Tetapi nasib aku tetap masih jauh lebih baik kerana dikurniakan pekerjaan tetap walaupun masih belum disahkan jawatan. Hanya ini yang tinggal dan hidup mesti terus jugak walaupun sukar. Kalau hendak dilistkan terlalu banyak masalah yang dihadapi masa ini tetapi aku harus selesaikan satu persatu dengan senyuman....jadi orang yang positif dengan kehidupan dan teruskan perjalanan.

Tuesday, March 16, 2010
Pencapaian Luar Biasa
1. Kadangkala di dalam hidup kita terpaksa membuat beberapa perkara yang tidak difahami oleh orang lain ataupun tidak dapat diterima oleh orang lain walaupun orang tersebut adalah yang paling rapat dengan kita.
2. Aku selalu percaya untuk kita berjaya kita mesti jadi lebih dari orang lain. Untuk jadi lebih dari orang lain kita tidak boleh jadi macam orang lain. Oleh itu, untuk mencipta pencapaian yang lain dari biasa kita memerlukan usaha yang lebih atau lain dari orang lain. Pencapaian luarbiasa memerlukan cara yang lain dari kebiasaan untuk dicapai!.
3. Kalau kita tengok di dalam hidup kita, ada orang yang mampu untuk berjaya melebihi pencapaian manusia lain di bumi ini atau setidak-tidaknya melebihi orang sekelilingnya, dan kalau kita kaji semula latar kehidupan orang seperti ini, kita akan menjumpai jalan atau track yang dilalui oleh orang ini sangat berbeza dari kebanyakan orang biasa. Jadi kita mesti mencorak satu perjalanan ke hadapan yang berlainan dari kebiasaan.
4. Satu stigma masyarakat kita terutama Melayu, kita selalu pessimis terhadap sebarang bentuk usaha yang dilakukan oleh orang lain yang di luar kebiasaan. Contohnya kita merasa pelik apabila melihat seseorang yang pada sebelah siangnya bekerja tetapi pada sebelah malamnya melakukan aktiviti sosial, berpersatuan, atau menjalankan aktiviti bisnes (dengan syarat halal). Dan akhirnya orang ini terpaksa pulang lewat malam.
5. Hanya kerana stigma minda Melayu terutama sekali telah di setkan orang yang pulang lewat adalah jahat maka kita anggap semua orang yang balik lewat adalah jahat. Sedangkan tujuan dan kerja kita even matlamat kehidupan kita juga adalah sama sekali berbeza.
6. Jadi tips untuk hari ini adalah untuk menggapai kejayaan kita harus ubah cara kita fikir dan pandang terhadap orang-orang yang berusaha siang dan malam untuk memastikan kejayaan luar biasa dicapai. SEBAB kejayaan luar biasa tidak akan dapat dicapai melalui jalan yang biasa...

Friday, November 13, 2009
Orang Gaji...
Aku kadang2 pelik bila tengok di Malaysia, kerajaan kita atau PAPA (Agensi Pembantu Asing) lebih banyak di pihak pembantu rumah berbanding dengan membela atau mendengar rintihan majikan.
Kita lihat banyak kes2 di mana orang gaji mendera anak majikan, skandal dengan majikan, kerja seminggu lari dan sebagainya.
Kita dengar banyak betul rintihan majikan iaitu setelah menghabiskan wang sebanyak beribu2 ringgit, tetiba orang gaji lari setelah kerja seminggu...ini adalah rintihan biasa kita dan kawan2 hari hari.
Kenapa kerajaan tak mendengar suara kita? apa guna kita pilih kerajaan kalau tidak membela nasib kita???

Saturday, October 24, 2009
ER-6n ATAU VIVA?
Pening sungguh kepalaku ini untuk buat pilihan ni. Padahal bukannya isu besar sangat pun. Terus terang cakap aku ni dulu2 bukannya minat sangat pun dengan motosikal berkuasa tinggi ni tapi sejak masuk umur 30an ni entah hantu mana masuk badan aku jadi suka gila sangat bangat (bak kata bibik aku) dengan moto besaq ni.
Mungkin sebab dah segan kot naik kapchai pergi kerja tu sebab aku rasa nak naikkan sikit standard diri dengan naik motor besar walaupun kelajuan motor aku tak pernah cecah lebih 100 km sejam. Aku bukan jenis yang berani sangat pun bawak motopr laju2 ni sampai kawan2 ofis aku selalu perli aku kata ces naik 60km sejam pun nak motor besar ka? muahahaha...
Ni aku nak buat analisis sikit samada nak beli motor besar atau nak pakai kereta kecik untuk buat pergi kerja...
Keta Viva (sisi gelap)
1) Jem...
2) Kena keluar sangat awal which is erkkk....muahaha....paham2 jela gua..
3) Kurang class...(yeke?)
4) Kena bayar tol ...(RM 1.80X2X20 hari=RM 80)
5) Kena bayar parking (RM 160 sebulan kalau x silap)
6) Susah nak gerak ke mana2....melecehkan..
ER-6n (Sisi Gelap)
1) Bahaya sikit (kalau laju)
2) Kena bawak laju....aku dahle bukan jenis yang hati kering macam mat rempit
3) Kalau hujan?
4) Mudah hilang motor besar ni
5) Mahal?
6) Nak bawak gula 1 kg pun susah lo//..
Hmm....camne nak buat keputusan ni? Naik Kriss dulula kalau camtu...hehe...tapi aku dah 'jatuh cinta'...muahahaha
Kat bawah ni sekitar gambo masa aku kat moto GP baru2 ni...

Saturday, October 17, 2009
Raya....raya....raya 2009
Raya tahun ni pada aku merupakan yang paling aku bersungguh selepas zaman budak2 dulu. Mungkin anak2 pun terutama Aman dah pandai beraya kot tu sebab aku agak kata orang Kedah pulun sikit...
Diari raya 2009:
1) Seminggu sebelum raya- Aku kena demam pulak....Mula hari Rabu dapat MC sampai hari Jumaat...tapi hari Khamis cam dah ok so aku drive jugak balik Kedah (raya punya pasal sakit sikit2 boleh diabaikan jer). Perjalanan tahun ni tak jem. Aku pun agak pelik sebab kalau tahun2 lepas memang masak le aku lenguh lutut. Perjalanan ke Kedah maunya 12 jam! Bayangkan atas lebuhraya yang dibayar tol tu di lane sebelah kanan boleh jem? Akal waras aku ni tak dapat nak terima langsung...kerajaan....tolonglah berbuat sesuatu...
2) Hari Jumaat- Membuta lama sikit sebab sampai Kedah jam 2 pagi kan...sebelah Maghrib lepas berbuka, buat bacaan Yassin sikit bersama adik beradik berdoa untuk Arwah Mak...aktiviti ni aku akan jadikan aktiviti tahunan...tahun depan mungkin jemput Imam kot...hehe
3) Sabtu malam raya - Aku anjurkan BBQ...sapa kata aku anti sosial? tengok ...aku buat BBQ...bergegas dengan Pudin beli ikan dan keperluan kat Guaq (bandar Pintar...hehe)...bila balik rumah start bakar dalam kebuk pembakaran bbq....tengok gambar tu...Biasele raya mesti disulami dengan aktiviti main bunga api...bersama Adam, che tie kami main bunga apin (sebutan Adam) sama2 sampai mabuk...
4) Raya-1- Impian aku nak jumpa balik kawan2 lama masa kat sekolah dulu dan pergi ke rumah diorang untuk dapatkan kembali contact lama....tapi berkecai...huhu...sebabnya masa tak cukup sebab kami cuma sempat ke rumah tokwan, melawat kubur mak saja...kubur tok wan cari tak jumpa pulak...(nampak sangat kan jarang lawat kubur)...
Seblah petang ke rumah cik Rodhi di Bedong melawat satu-satunya tok aku yang masih ada iaitu tok gon...tengah sakit jantung...lemah sangat nampak dia...semoga tok cepat sembuh...
Dulu masa kecik2 sekolah rendah kalau ke Bedong aku akan tidur rumah tok selama seminggu atau lebih bergantung kepada cuti le...
5) Raya ke-2- bertolak ke Kelantan...
6) Raya ke-3- Che tie pulak batuk dan demam...dituduhnya aku pulak yang membawa virus...huh...sambil jeling...
7) Raya ke-4- Ke kuala Ganu (Bt Rakit) rumah pak su aku....dalam perjalanan tu shopping kepok lepor sakan...sampai rumah paksu dah petang dah jam 1 lebih...makan2 then bertolak balik ke Tanah Merah...
8) Raya ke-5- Demam....anak2 dan mak dia demam...aku je sihat tapi xleh ke mana2 jugak pun...aku cam biasa le dengan aktiviti aku...membuta...(aku bukan tidur kosong tau...sambil cari idea utk tulis blog politik aku tu...yela tu)
9) Raya ke-6- Tunang Ye datang....makan ikan bakar..dan ada sedikit diskusi tentang tarikh kawin...
10) Raya ke-7-Bertolak balik ke Bangi....hehe...
Jom layan gambar2 kat bawah ni....selamat hari raya semua...jemputle datang rumah walaupun tak buat open house tahun ni...hehe...

Monday, June 29, 2009
Happy Birthday Cayang Aman Mujahid...
Tarikh 3 Jun lepas anak kedua aku Aman Mujahid genap setahun mewarnai kehidupan keluarga kami. Dengan wajah comel seiras wajah bapanya ketika kecil my wife belikan kek doremon kat dia dengan sebatang lilin.
* Teringat setahun yang lepas...aku ngan wife terpaksa tunggu selama 23 jam dalam labor room kat KPJ Kajang sebelum kuarnya hero kedua ni...
Kami sekeluarga sambut dalam suasana sederhana 4 beranak dengan penuh happy dan happening. Kelakar tengok keletah Aman ditambah dengan si Adam pulak yang ramah tak ingat. Aku tak rasa macam kami 4 beranak sebab suasana dah jadi lengkap dan meriah sekali. Walaupun aku sendiri tak penah sambut birthday sejak lahir sampai umur 12 tahun tapi sejak bercinta dulu lagi apatah lagi dah kawin ni wife aku particular dengan birthday jadi aku pun faham makna dan kepentingan sambut birthday untuk kehidupan manusia dan impaknya terhadap tautan kasih sayang sesama insan.
Kalau dulu kat asrama biasanya birthday dirahsiakan sebab memang kena baling telur atau terpaksa belanja megi yang dimasak dalam baldi basuh baju...hehe... iklan sikit...
Yang bestnya birthday si Aman ni ialah kek yang asalnya bulat akhirnya mengalami transformasi jadi hemisfera dan seterusnya menjadikan bentuk kek tersebut rawak....hehe....habih dilunyaikan oleh si aman dan abangnya si Adam....aku sempat rasa sikit then dah kembang tengkuk dah tengok rupa kek tersebut....Aman gunakan tangan kirinya untuk menguis dan menghancurkan kek tersebut....banyak jugak dimakannya tapi sebahagian besar jatuh ke lantaile of course...walaupun simple, tapi kemeriahannya tetap terasa...aku amat happy dengan sambutan ni...mungkin bila dah besar nanti Aman dan Adam baca coretan ni tahula diorang yang mak bapak diorang ni sambut birthday diorang dan sayangkan diorang....hehe..papa sayangkan Aman dan Adam....happy birthday sayang...
Mula-mula cuit2 sikit....lepas tu....zasss(>>)
*Nama Aman ni dipilih oleh wife aku tp Mujahid dipilih oleh bapak diale...lagipun aku tengah sokong Mukhriz Mahathir time tu masa pemilihan haha...Aman Malaysia...
* Selamat Harijadi Aman cayang.....
Subscribe to:
Comments (Atom)