Monday, June 29, 2009

Happy Birthday Cayang Aman Mujahid...

Tarikh 3 Jun lepas anak kedua aku Aman Mujahid genap setahun mewarnai kehidupan keluarga kami. Dengan wajah comel seiras wajah bapanya ketika kecil my wife belikan kek doremon kat dia dengan sebatang lilin.

Kami sekeluarga sambut dalam suasana sederhana 4 beranak dengan penuh happy dan happening. Kelakar tengok keletah Aman ditambah dengan si Adam pulak yang ramah tak ingat. Aku tak rasa macam kami 4 beranak sebab suasana dah jadi lengkap dan meriah sekali. Walaupun aku sendiri tak penah sambut birthday sejak lahir sampai umur 12 tahun tapi sejak bercinta dulu lagi apatah lagi dah kawin ni wife aku particular dengan birthday jadi aku pun faham makna dan kepentingan sambut birthday untuk kehidupan manusia dan impaknya terhadap tautan kasih sayang sesama insan.
Kalau dulu kat asrama biasanya birthday dirahsiakan sebab memang kena baling telur atau terpaksa belanja megi yang dimasak dalam baldi basuh baju...hehe... iklan sikit...
Yang bestnya birthday si Aman ni ialah kek yang asalnya bulat akhirnya mengalami transformasi jadi hemisfera dan seterusnya menjadikan bentuk kek tersebut rawak....hehe....habih dilunyaikan oleh si aman dan abangnya si Adam....aku sempat rasa sikit then dah kembang tengkuk dah tengok rupa kek tersebut....Aman gunakan tangan kirinya untuk menguis dan menghancurkan kek tersebut....banyak jugak dimakannya tapi sebahagian besar jatuh ke lantaile of course...walaupun simple, tapi kemeriahannya tetap terasa...aku amat happy dengan sambutan ni...mungkin bila dah besar nanti Aman dan Adam baca coretan ni tahula diorang yang mak bapak diorang ni sambut birthday diorang dan sayangkan diorang....hehe..papa sayangkan Aman dan Adam....happy birthday sayang...



























Mula-mula cuit2 sikit....lepas tu....zasss(>>)


* Teringat setahun yang lepas...aku ngan wife terpaksa tunggu selama 23 jam dalam labor room kat KPJ Kajang sebelum kuarnya hero kedua ni...
*Nama Aman ni dipilih oleh wife aku tp Mujahid dipilih oleh bapak diale...lagipun aku tengah sokong Mukhriz Mahathir time tu masa pemilihan haha...Aman Malaysia...
* Selamat Harijadi Aman cayang.....

Tuesday, June 2, 2009

Kenangan Pahit dan Manis Di Rumah Tokwan

Melihat kepada tajuk entry kali ni macam menakutkan jugak....bukannya pahit mana pun tapi aku nak cerita ada beberapa perkara best dan tak best yang berlaku sepanjang aku balik kampung kali ni....tujuan utama balik kampung kali ni ialah untuk ke majlis kenduri kawin Pak Sedara aku iaitu paktam Atan ...

Yang uniknya balik kampung kali ni ialah bertambah seorang lagi ahli keluarga aku iaitu binik adik aku si Pudin, selain naik keta aku yang baru diservis oleh wife aku...siap tukau tayar lagi....tima kaseyy...

Adik pompuan aku (Prah) mula2 nak joint sekali balik kampung, tapi dia cam biasa dengan alasan dia kerja...tak dapat cuti dan sebagainya...aku dah agak dah...ok juga dia tak balik kalau tak tak tahula nak tidur kat mana...maklumlah rumah aku kat kampung tu bilik satu jer...hmm...
Aku ada satu cerita pahit yang kena dengan tajuk entri aku kali ni....cerita agak sadis gak yang terjadi kat aku time kenduri pak tam kat rumah tok wan...macam kelakar pun ado jugak...

Sebelum pengantin sampai, anak sulung aku si Adam buat perangai...taknak duduk dia asyik nak berdokong ngan aku jer...aku pun dokongla dia....si Adam ni pulak tak duduk diam bila berdokong tu....di tunjalnya kaki dan sebagainya lagi sampai naik tensen aku dibuatnya...langsung tak sempat nak tolong2 sikit angkat pinggan ker ape ker...

Nak dijadikan cerita aku pun dokongla si Adam ni menuruni tangga rumah tokwan...sambil turun tangga tu mulut aku dok berbincang dengan Pudin tanya dia samada aku boleh ikut dia ke kedai atau tak....niat aku nak bagi si Adam ni berenti dari buat perangai dan aku bolehla bersosial sikit...maklumlah lama jugak aku tak jumpa dengan mak2 penakan aku ni...tiap kali raya mesti timing tak kena...bila aku balik rumah tokwan aku diorang pulak balik rumah mertua masing2....

Dalam mulut dok berbincang dengan Pudin tu mak penakan aku yang bongsu pulak yang aku panggil cu dok nasihat aku supaya turun dari tangga tu sebab hari panas...

ngam2 habis ayat terakhir cu aku pun tanpa berfikir terus langkah kaki kiri turun tangga tanpa aku sedar aku dah tersalah langkah....tup2 apa lagi sedar2 pasu bunga dah ada depan mata....anak aku masih lagi aku dokong sebelah kanan....orang pulak ramai time tu.....aku jatuh tangga depan2 khemah orang pompuan makan baek punya...tangan aku dipenuhi darah....mak2 sedara aku menjerit sakan....ada yang menangis pun .....barulah aku sedar nilai kasih sayang diorang kat aku sangat tinggi nilainya....terharu jugak aku dibuatnya....cu pegang tangan aku yang berlumuran darah...makteh dan makjang pun ....mak aih....habis separuh ibu jari kira aku terkompel isinnya....ternganga cam nak putus sbb mungkin terkena gelas kaca yg aku dok pegang sebelah kiri....ados sakit gila tp aku control sbb depan khemah org ramai....kol 1 pulok tu time orang tengah peak .....malu takyah cerita lagila.....nasib baik anak aku si Adam tak cedera sikitpun....masa jatuh tu aku sempat larikan Adam ke kanan sambil dokong....kalau jatuh Adam ni lagilah panjang cerita....

Apalagi berkejarlah Pudin bawak aku ke klinik....binik aku pun ikut sekali dengan si Aman...kebetulan pulak hari Ahad banyak klinik kat Kota Sarang Semut tutup...aku dah sakit gila...rasa nak pitam pun ada....darah mengalir cam air paip....habis basah tuala good morning kenduri....akhirnya sampaila ke klinik kat Simpang Empat.......Doktor Melayu kebanyakannya lunch sampai kol 3 ptg nasib baik ada Dr berbangsa Cina rawat aku....masa dia bius aku mak aihh sakit tuhan je tau...lepas bius dia jahit jari aku 6 jarum....lepas habis ditambahnya 1 jarum lagi....baru aku mampu tersenyum....lama jugakla rawatan aku tu dekat sejam...syukurla sbb luka sederhana teruk dan urat tak putus....kalau tak jadi okula aku....ibu jari kiri pulak tu....

Bila sampai rumah tokwan Paktam dah habis makan beradab....aku pun terus ambil gambar...barulah aku mula menikmati kenduri....moral of the story: jangan borak atas tangga....kat bawah ni gambar2 sepanjang kenduri paktam...layannnn...


* Bergambar bersama paktam dan maktam baru semasa lepas majlis makan beradat. Kelihatan member kamceng paktam dari kecik Jamal jadi pengapit. Jamal, Pae, Zamri ni seingat aku tiap kali raya mesti datang rumah tokwan beraya dengan paktam....kira forever friendla ni...opss...Masakan untuk meja pengantin dimasak oleh chef maktam Ya...





* Suasana di khemah lelaki semasa hari kenduri...aku masih ingat dolu2 masa kenduri rumah tokwan aku mesti datang awal 2 hari untuk ambil khemah syarikat dengan lori. Part pasang khemah adalah yang paling letih sekali tp ramai yang tolong....itu dolu...sekarang dah ada anak dan duduk jauh ni susah aku nak dapat cuti selama dulu...kemeriahan pun berbeza dari dolu....mungkin faktor usiadah makin tua kot ...huhu...






* Bilik pengantin ni dolunya merupakan bilik tidur aku kalau aku ke rumah tokwan...biasanya aku habiskan 2/3 cuti sekolah aku di rumah tokwan. Paktam kira cam kawan aku yang rapat kalau aku ke rumah tokwan....di bilik inilah aku tidur dengan paktam dan pudin biasanya tidur dengan pakcik At...kira bilik ni banyak berjasa kepada semua mak penakan ngan pak penakan aku yang kawin ...




* Dulu masa aku kecik2 aku confius tengok paktam aku dengan kembar dia ni....Hassan nama dia dan kami panggil pakteh...paktam ada kembar dia....tp diorang terpisah sejak kecil sebab dibela oleh tokwan aku dan sorang lagi dibela oleh mak sedara dia...kembar paktam ni bagus sungguh...tunggu sampai ke petang time kenduri ni....gambar nikira special ni....tengok yang baju kuning tu dengan paktam aku baju pengantin...hehe




* wife aku tengah sibuk melayani kerenah anak2 kami....tengah mamam si Aman tu...