Monday, September 27, 2010

Ujian 2010

Tahun ni tahun paling sukar dalam hidup....beberapa ujian besar terpaksa ditempuhi. Walaupun kadang-kadang rasa seperti putus asa untuk hidup tetapi tetap diteruskan juga demi anak-anak dan keluarga di kampung.

Bermula dengan ujian getir syarikat lama hampir menutup jabatan gara-gara mengalami masalah kewangan sehinggalah kepada masalah rumahtangga serta beberapa masalah dalaman keluarga yang kian menghimpit rasa hati. Tetapi nasib aku tetap masih jauh lebih baik kerana dikurniakan pekerjaan tetap walaupun masih belum disahkan jawatan. Hanya ini yang tinggal dan hidup mesti terus jugak walaupun sukar. Kalau hendak dilistkan terlalu banyak masalah yang dihadapi masa ini tetapi aku harus selesaikan satu persatu dengan senyuman....jadi orang yang positif dengan kehidupan dan teruskan perjalanan.

Tuesday, March 16, 2010

Pencapaian Luar Biasa

1. Kadangkala di dalam hidup kita terpaksa membuat beberapa perkara yang tidak difahami oleh orang lain ataupun tidak dapat diterima oleh orang lain walaupun orang tersebut adalah yang paling rapat dengan kita.

2. Aku selalu percaya untuk kita berjaya kita mesti jadi lebih dari orang lain. Untuk jadi lebih dari orang lain kita tidak boleh jadi macam orang lain. Oleh itu, untuk mencipta pencapaian yang lain dari biasa kita memerlukan usaha yang lebih atau lain dari orang lain. Pencapaian luarbiasa memerlukan cara yang lain dari kebiasaan untuk dicapai!.

3. Kalau kita tengok di dalam hidup kita, ada orang yang mampu untuk berjaya melebihi pencapaian manusia lain di bumi ini atau setidak-tidaknya melebihi orang sekelilingnya, dan kalau kita kaji semula latar kehidupan orang seperti ini, kita akan menjumpai jalan atau track yang dilalui oleh orang ini sangat berbeza dari kebanyakan orang biasa. Jadi kita mesti mencorak satu perjalanan ke hadapan yang berlainan dari kebiasaan.

4. Satu stigma masyarakat kita terutama Melayu, kita selalu pessimis terhadap sebarang bentuk usaha yang dilakukan oleh orang lain yang di luar kebiasaan. Contohnya kita merasa pelik apabila melihat seseorang yang pada sebelah siangnya bekerja tetapi pada sebelah malamnya melakukan aktiviti sosial, berpersatuan, atau menjalankan aktiviti bisnes (dengan syarat halal). Dan akhirnya orang ini terpaksa pulang lewat malam.

5. Hanya kerana stigma minda Melayu terutama sekali telah di setkan orang yang pulang lewat adalah jahat maka kita anggap semua orang yang balik lewat adalah jahat. Sedangkan tujuan dan kerja kita even matlamat kehidupan kita juga adalah sama sekali berbeza.

6. Jadi tips untuk hari ini adalah untuk menggapai kejayaan kita harus ubah cara kita fikir dan pandang terhadap orang-orang yang berusaha siang dan malam untuk memastikan kejayaan luar biasa dicapai. SEBAB kejayaan luar biasa tidak akan dapat dicapai melalui jalan yang biasa...