Kadangkala aku terfikir. Dalam hidup kita, adakah lagi baik kita berbuat baik sebanyak mungkin atau kita jangan buat salah langsung tetapi kurang buat baik. Hmm..nampaknya manusia lebih menghormati orang yang tak buat salah lansung tetapi pada masa yang sama tidak berbuat sesuatu.
Ertikata lain, lagi banyak kita mencuba untuk berbuat baik, lagi banyak kita akan berbuat kesilapan2 kecil atau kesilapan2 besar dalam hidup. Inilah dilemma orang yang ingin berbuat sesuatu yang baik untuk kebaikan bersama.
Contohnya: dalam keluarga, kita akan berbuat apa sahaja untuk ibu bapa kita, bagi wang, betulkan rumah, cuba untuk baiki taraf hidup, tetapi pada masa yang sama kita tidak pandai promote kebaikan kita kepada ibu bapa kita, tetapi tetiba adik beradik kita yang lain yang lebih manis mulutnya berbuat sedikit saja kebaikan dan menampakkan kebaikan tersebut akan mendapat pujian. Kita juga yang terus menerus mendapat imej negative di mata ibu bapa.
Oleh itu lebih baik ambik pendirian lakukan sesuatu kerana ALLAH. Sebab kita takkan kecewa. Berbuat baiklah kita sebanyak mungkin untuk saham akhirat kita.
Nukilan Tragis:
Jalil
UZMA Office-10 Dec 2013 jam 01.00pm
gud point bro...gua setuju..kita buat semua kerana Allah..lg aman dan tak sakit hati
ReplyDelete