Sunday, April 19, 2009

Dedikasi Untuk Arwah Mak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera diucapkan kepada pelawat yang sudi menjengah ke blog peribadi saya ini. Suatu ketika dahulu arwah mak saya selalu berpesan kepada saya bahawa beliau mempunyai satu impian iaitu untuk membukukan kisah hidup beliau dan kami sekeluarga yang sangat susah suatu hari nanti. Saya masih ingat ketika itu saya masih belajar di Sekolah Menengah.

Kini setelah 8 tahun pemergiannya saya masih lagi gagal menyempurnakan impian beliau itu. Walaupun ia bukanlah satu wasiat, tetapi beliau mengulanginya banyak kali hingga saya yang sebenarnya jenis manusia yang susah sikit mengingati perkara2 begitu menjadi terngiang2 hingga saat ini. Saya kira kalau beliau masih hidup pun saya sukar untuk menulis memandangkan saya agak sibuk dengan tugasan harian saya. Tetapi akhir2 ini saya sangat mengingati perkara tersebut dan mengambil keputusan untuk menulis secara berperingkat hajat tersebut dalam bentuk blog.

Medium ini saya rasa lebih berkesan dan lebih sesuai dengan masa saya. Apabila telah siap bab2 ini nanti saya akan cuba bukukan dan edarkan kepada semua adik beradik dan keluarga terdekat saya sebab tak semua mereka membaca atau tahu tentang blog.

Saya ingin dedikasikan blog ini untuk terutama sekali buat arwah Mak dan tidak lupa juga kepada Isteri saya yang sangat banyak membantu saya dalam mengharungi hidup yang sangat berliku ini serta anak2 saya yang merupakan semangat saya untuk terus berdiri. Saya akan cuba menulis sesantai mungkin beberapa perkara tentang hidup dan kehidupan bukan hanya berkisar tentang hidup saya sahaja tetapi juga untuk perkara2 lain.

Semoga roh mak ditempatkan bersama2 orang beriman dan Len (Bahasa diri saya) akan pegang amanah mak untuk menjaga adik beradik dan keluarga kita sebaik mungkin....Insya Allah..Al- Fatihah buat mak Allahyarhamah Esah Binti Sulaiman (1949-2001)...Amin.

No comments:

Post a Comment