Monday, April 20, 2009

Pembeli Yang Jadi Mangsa

Dah hampir 4 bulan tapi tak selesai2 lagi. Apa ya?

Saya sebenarnya nak refinancekan pinjaman perumahan saya dari pinjaman Petronas (Majikan lama saya) kepada bank biasa iaitu CIMB Bank. Masalah bermula apabila status rumah saya semasa dibeli kira2 4 tahun lalu adalah di bawah 'Master Title' di mana 'individual title' belum dikeluarkan lagi masa tu.

Tup2 masa saya nak refinance rumah ni tiba2 titlenya baru saja bertukar kepada individual title sekarang ni tetapi masih belum dapat kelulusan dari PTG (Pejabat Tanah dan Galian) serta Exco Tanah kerajaan negeri. Alamak kalau bunyi melibatkan kerajaan mesti sure lama punya masa yang diambil...benda yang boleh disiapkan 5 hari akan ambil masa 5 bulan itu sudah pasti kan?

Nak tahu apa alasan pertukaran individual title tersebut ke atas nama saya lewat? Menurut sumber yang boleh dipercayai, ini disebabkan oleh masalah Pemaju Perumahan atau dlm bahasa omputihnya developer. (Dalam kes saya Tuah Tetangga adalah developernya -Under Zikay Group) gagal bayar premium atau apa ntahnyer kepada Pejabat Tanah.

Saya pun mula jadi cam bola ditolak sana dan sini. Yang malangnya pulak CIMB tidak mahu releasekan bayaran kepada Petronas atas alasan Individu Title perlu atas nama saya dan bukan PKNS. Pulak dah. Yang dulu masa apply dia luluskan pulak.

Sementara ding dong process itu berlanjutan setiap bulan saya selaku pembeli terpaksa membayar denda yang dikenakan Petronas yang tamak sebanyak RM 1500 lebih sehinggalah bayaran penuh dibuat kepada mereka oleh CIMB. Pay for nothing!. Saya hampir setiap hari dok follow up dengan zikay (En Putih) nama dia tetapi dalam 10 kali saya call cuma sekali dapat bercakap. Walaupun beliau bagikerjasama jugak tetapi macam pahat dengan penukul. Sekali ketuk sekali jalan.

Kenapa hal ini terjadi?? Sebab:

1) Kita selaku pembeli kurang memahami atau difahamkan oleh orang yang lebih faham tentang hak2 kita.
2) Pemaju tidak menanggung apa2 kerugian atau kesan daripada kelembapan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab mereka
3) Kerajaan sangat lambat dalam melakukan sesuatu proses kelulusan walaupun dalam kempen dok canang nak bantu rakyat.

Macam biasa pemaju ambil sikap lepas tangan dan saya terpaksalah hari2 follow up. Kadang2 rasa sangat bengang tetapi cuba bertahan. Tak tahu selama mana saya akan bertahan dengan kerenah birokrasi ni.

Entahle....

No comments:

Post a Comment