Tuesday, May 12, 2009

Kenduri Pudin dan Wahida

Aku dengan adik aku yang sorang ni memang rapat sejak kami kecil lagi. Beza kami cuma 3 tahun sahaja. Sama2 bermain kat kampung dulu, balik rumah kena belasah dengan abah, sama sama ke sekolah dan sebagainya.
Yang uniknya ialah kami selalu bergaduh. Mungkin sebab darah muda tapi kami bergaduh macam budak - budak yakni bergaduh dan seterusnya baik balik. Bergaduh orang tua yang bahaya sebab lama dan mungkin sukar untuk buat baik kembali.
Sejarah hidup dia memang berliku boleh tahan jugak. Lepas habis sekolah rendah dia berpindah ke rumah tokwan dan bersekolah di Sek Mmen Teknik Alor star form 4 dan form 5. Lepas SPM dia dapat tawaran belajar di Matrikulasi UPM, di Pusat Yayasan Pelajaran Mara, Bdr BaruBangi.
Disebabkan oleh hobinya yang suka main motor dan kuat rewang masa tu, dia tidak dapat habiskan pelajaran dan balik kampung. Bila balik kampung dia bekerja di kilang besi sebagai operator. Masa balik ke kampung dulu aku nampak dia memang takde harapan jadi orang dah.
Tapi dia sambung juga belajar di Cosmopoint SP ketika itu dlam jurusan IT. Pun tak habis jugak. Akhirnya aku ambil keputusan untuk tolong dia serba sedikit. Aku ajak dia ke KL dan tinggal dengan aku kat Puchong. Kebetulan kawan aku bukak pusat tuisyen, maka aku serapkan dia sebagai kerani dan juga sebagai pengajar di situ.
Kehidupan aku di Puchong sangat blues. Kat mana aku makan naik kat situ aku tidur. Begitu juga dengan Pudin. Rumah kami busuk yang amat. Kalau sekarang aku tak sanggup hidup camtu lagik.
Aku terbaca mengenai tawaran belajar di UiTM dan menawarkan Pudin untuk belajar di situ. Aku pertahankan hujah aku agar dia pergi belajar situ instead of belajar di Bangsar sebagai Medical Assistant. Pada aku result SPMnya melayakkannya untuk masuk Universiti. akhirnya Pudin pun apply UiTM dan dipanggil.
Aku telah hantar dia ke UiTM Perlis bersama abah dan adik2 aku yang lain waktu tu. Abah pesan kat dia agar jangan keluar masuk U lagi. Aku nak tergelak pun ada waktu tu. akhirnya Pudin berjaya gred juga dan aku bersama Wife aku dan Adam serta Prah (Adik pompuan aku) juga bersama2 meraikannya. Abah tak pergi atas alasan keselamatan rumah.
Aku turut berbangga dengan kejayaan keluarkan Pudin dari kilang dan memasukkan ke UiTM hingga dapat diploma. Perkara yang sama aku nak buat kat adik pompuan aku Prah tapi gagal di pertengahan jalan sebab dia tak cukup cekal.
Hari ni Pudin akan kawin. Ramai family aku dari Kampung datang. Hampir 22 orang katanya.
Wife aku adalah orang paling sibuk dengan persediaan dengan menu masakannya. Aku pulak sibuk fikirkan tentang tempat tidur orang2 kampung yang akan datang. Kenduri kali ini hanya dibuat sebelah perempuan sahaja. Tiada majlis disebelah lelaki atas sebab keluarga aku di kampung mungkin terpaksa berpindah. Dibawah ni rentetan kenangan bersama keluarga yang ramai datang ke rumah aku pada 30 April 2009 hingga 02 Mei 2009 lalu. Kami sekeluarga telah berusaha yang terbaik semoga semua berpuas hati dengan layanan kami.

Keluarga dari kampung membuat sirih junjung- malam sebelum nikah


Anak Cik Rodhi Siti menginaikan bakal pengantin. Cik Ta mengasuh Aman
Persediaan sebelum berangkat ke Majlis Pernikahan Pudin- Jumaat- 01 Mei 2009
Keluarga kami direhatkan di surau berdekatan rumah pengantin perempuan dan dijamu dengan kuih muih sebelum berangkat ke rumah pengantin perempuan untuk acara nikah
Aman Mujahid aku pun sibuk je dia nak makan nasik buburnya - Aman ketika ini berusia 11 Bulan!
Tok Kadi tengah khutbah. Pudin dah macam goyang tapi control
Cameraman tengah makan. Next time aku rasa kena cari orang lain sebab gambar adik tak banyak sangat dalam ni. Lagipun dia protokol sikit....hehehe..Kelihatan abang ipar aku pun (Nasir) datang

Perarakan ke rumah pengantin perempuan. Lewat sikit tunggu kumpulan kompang
Perarakan dengan kompang- Maklong Ani dok tarik baju Pudin sebab berjalan terlalu laju
Makan beradab
Abah dan Pak Long Maidin di meja utama makan beradab. Aku rasa best tengok depa berdua dah ok balik. Aku berbangga sebab terlibat mejalinkan kembali hubungan mereka yang telah terputus dahulu....
Family aku bergambar dengan Pudin dan pasangannya Wahida
Adam dan gengnya (anak Dah-5 tahun) jadi kamceng dan sekaki time ni....harapnya bila dah besar nanti depa dapat ingat balik bila tengok gambar ni.

Dua orang puteri penyeri keluarga Muhamad dan Aishah- selamat datang Wahida...

Selamat jalan buat semua ahli keluargaku....kehadiran kalian sangat bermakna buat kami sekeluarga. Terima kasih buat Cik Rodi dan keluarga (Cik Ta dan anak2), Tok Cik Cha dan keluarga (Dah, Peah dan pasangan masing2-kami berkawan rapat masa kecik2 dulu ni), teristimewa untuk Mat yang banyak membantu sejak aku kahwin sampai Pudin kawin- jasa semua sangat besar dan buat Abah serta Pak Jai (Bakal masuk U ni adik aku sorang ni-Insya Allah)- sanggup mengharungi kepenatan naik keretapi, buat Prah dan kawan baik dia Sarah- maaf sebab terpaksa usung beg 20kg panjat bas untuk ke rumah aku di Bangi, teristimewa buat Isteri tercinta Yati yang masak berkawah2 serta menyediakan segala kelengkapan termasuk sponsor banyak juga untuk majlis ini- terima kasih banyak2, serta tidak dilupakan juga buat Pak Long Maidin dan Maklong Ani, Hamzah dan Kak Mai yang sudi pegang kamera..jasa semua tidak dapat dilupakan.
Semoga keluarga kita semua kekal bersatu dan harapnya wang ringgit tidak menjadi pemisah kita. Harta tidak dibawa ke mana2...Dalam kemeriahan ini aku terkesima seketika mendengar keluhan abah....katanya kalaulah mak ada mesti beliau orang paling kecoh dan gembira...sayangnya Allah lebih menyayanginya....Al Fatihah buat mak Esah Bt Sulaiman...
































































































No comments:

Post a Comment