Aku tak pernah masuk tadika, so pengalaman hari pertama sekolah aku amat menakutkan. Aku jadi 'perak' gila kata orang Kedah. Kawan aku masa hari pertama darjah Satu Biru ketika tu nama dia Abdullah Bin Shaari atau nama glamernya Lah. Cikgu yang pertama aku kenai waktu tu kalau tak salah aku nama dia cikgu Mustafa. Teringat aku cikgu bila dia penampar telinga aku sampai merah. Aku ngadu kat abah dan abahke sekolah serang dia. Di penamparnya aku sebab aku terhegeh2 nak baca A, B, C....disebabkan kena penampar nilah lepas tu aku terus struggle untuk membolehkan aku baca sampai lancar. Terima Kasih Cikgu. aku pun tak pasti dia kat mana sekarang tapi yang pastinya penamparnya tu dengan badannya yang besar membuatkan aku susah nak lupa nama dia. Camna pun jasa beliau tetap tidak dapat dilupakan.
Kemudian cikgu2 aku yang lain di sekolah rendah yang masih aku ingat ialah Cikgu Farizan, cikgu Che Pa, Sir Ghani, cikgu Mursyidi (ajar muzik), cikgu Syarifah, Sir Rosli, Ustazah Halimatun, cikgu Hamid dan beberapa lagi yang namanya aku tak ingat tapi muka aku sangat cam lagi.
Cikgu Farizan mengajar matematik. Garang boleh tahan jugak sebab denda dia pun lain macam sikit. Aku ingat lagi kawan2 aku seperti Mahadi, Rais kena berdiri depan kelas dengan sebelah kaki sambil diugut bukak seluar. Pelik kan? Tapi disebabkan kegarangannya jugalah aku berjaya dapat hadiah paling cemerlang Matematik untuk Percubaan UPSR. Hadiah pun masih ada lagi (hmmmm dah hampir 23 tahun berlalu). Ustazah Halimatun pulak adalah cikgu yang paling bersimpati dengan aku sekali. Disebabkan aku kiut (wekkk...nak muntah pun ada) dia ambik aku dengan 2 lagi kawan aku Fadil Mat Isa dan Jazry Jamaluddin sebagai anak angkatnya. Aku masih ingat lagi ketika ustazah ni nak melawat rumah aku yang sangat daif masa aku darjah 5 kalau tak silap sekitar tahun 1988. Aku rasa sangat malu waktu tu. Abah ngan Mak telah dipaksa oleh aku untuk pergi beli tikar plastik untuk cover lantai2 rumah aku yang berlubang teruk waktu tu. Abah ngan mak pergila kedai beli 2 keping tikar untuk cover lantai rumah. Rumah aku waktu tu kira daif sangat. Mak sangat malu dengan orang kampung. Dahla bocor sana sini, dinding pula berlubang dan hampir runtuh, lantai berlubang2. Kalau berjalan kami adik beradik terpaksa slow2 sebab abah akan marah kalau bergoyang rumah tu bila berjalan.
Akhirnya masa hari kedatangan ustazah Halimatun dengan sorang lagi cikgu (aku tak berapa ingat nama cikgu tu). Mak dan abah layan dengan baik dan aku pun tak berapa malu sangat dah. Tapi muka depa berdua memandang kami penuh dengan simpati. Dah nak buat camne lagi dah miskin. Aku pasrah saja. Tapi kedatangan cikgu aku ke rumah memberikan aku semangat baru untuk terus belajar dengan rajinnya....chewah....semangat sekejap saja tu.
Sekarang ni aku asyik teringat balik saja cikgu2 sekolah rendahku ini. Tak pasti di mana mereka tinggal. Kalau terbaca blog saya silalah hubungi saya di e mel berikut: jalilmm@yahoo.co.uk...kot2 terserempak dengan tulisan ni mana tahu.
Impian aku ialah untuk buat satu gathering besar2an melibatkan kawan-kawan sekolah rendah dan cikgu2 yang aku sebutkan tadi. Entahlah jadi ke tidak tapi aku akan berusaha untuk cari mereka bila balik kampung nanti. Aku bagi masa untuk diri 3 tahun untuk cari mereka. Kalau tak dapat jugak dah tak boleh buatapa dah.
Buat cikgu2 yang pernah mendidik aku bermula dari seorang pelajar yang miskin dari kampung terpencil dan sekarang ni dah jadi manusia dan dah pernah kerja di syarikat minyak terbesar di Malaysia sebelum sambung tempat lain pula dalam bidang aku sekarang, jasa kalian aku memang takkan mampu membalas. Kepada guru2 yang terlibat mengajar Jalil Bin Muhamad bermula darjah 1 hingga 6 di sekolah Kebangsaan Guar Chempedak 2 (Sekarang Sek. Keb. Hj Hussin Dol), Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis, termasuklah pensyarah2 di Pusat Asasi Sains UM, Fakulti Sains Geologi, UM, guru2 agama - Ustazah Zaharah dan semua guru2 di Malaysia - Selamat Hari Guru. Jasamu tetap abadi dalam ingatan. Kepada 2 insan Istimewa yang juga guru: Bonda Allahyarham Esah merupakan guru agama KAFA serta isteri tercinta yati yang merupakan juga guru (pensyarah). Selamat Hari Guru....
No comments:
Post a Comment